Ads Top

Gadis Cerita Detik Cemas Nyaris Diserang Seorang Pemandu Teksi Kerana Sangka Dia Pemandu Uber


Seorang wanita menghadapi detik cemas selepas dia mendakwa cuba diserang oleh seorang lelaki yang dipercayai pemandu teksi di Stesen LRT Kelana Jaya gara-gara menyangka dia pemandu Uber.

Menurut Sau Mun, dia ke stesen LRT berkenaan untuk menjemput rakannya bernama Alya Zulaikha untuk menuju ke Paradigm Mall berjumpa rakan-rakan sekolah yang lain.

"Sebaik sahaja rakan saya sampai hendak masuk dalam kereta, seorang lelaki yang tidak dikenali berpakaian seragam putih dengan seluar hitam menjerit ke arah saya dan rakan tanpa sebab."

"Rakan saya terus menaiki kereta dan menutup pintu, saya terdengar bunyi belakang kereta saya dipukul dan dibaling telur, ketika itulah saya sedar lelaki berkenaan adalah seorang pemansu teksi dan mereka ingat saya adalah pemandu Uber," tulisnya di laman Facebook.


Menurut beliau, sikap berkenaan merupakan metaliti dunia kelas ketiga di mana sikap berkenaan bukan sebagai satu penyelesaian masalah.

"Pertama sekali saya menegaskan saya bukanlah seorang pemandu Uber seperti yang dianggap, kamu telah gagal membezakan dengan Uber dengan saya dan ia adalah satu perbuatan yang memalukan."

"Kedua, siapa yang memberikan anda hak untuk menyerang saya, merosakkan kereta saya dan membaling telur yang merupakan makanan ruji sesetangah orang?, jelas sekali ia membuktikan tahap pemikiran anda."

"Secara jujur saya tidak sangka yang diri saya terlibat dalam drama anatara pemandu teksi dan Uber ini, tetapi sekarang ianya berlaku kepada saya, seorang orang awam yang tidak berdosa dan mempunyai mana-mana hubungan antara kedua-dua pihak," katanya yang kecewa dengan sikap pemandu teksi berkenaan.


Menurut beliau, dia tidak melalui jalan ke hadapan sebaliknya berpatah balik kerana risau keselamatan dia dan rakannya.

Dia kemudiannya melalui semula tempat berkenaan untuk merakam dan mengumpul bukti nombor pendaftaran teksi berkenaan tetapi mereka sudah beredar.

"Saya tidak mempunyai pilihan lain untuk menyuarakan rasa tidak puas hati saya kecuali dengan cara ini(menulis di FB) untuk mencari penyelesaian drama ini sehingga melibatkan orang yang tidak bersalah.



"Bagaimanakan orang ramai akan rasa selamat jika menaiki teksi? maaf saya katakan saya malu dengan masyarakat ini yang mengaku sebagai rakyat Malaysia sama dengan saya," tulisnya menamatkan kisah tersebut. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.