Ads Top

Bomba Selamat Dua Beradik Terkunci Dalam Rumah 30 Minit



Klang, 1 Ogos: Dua beradik yang masing-masing berusia tiga dan empat tahun terperangkap selama kira-kira 30 minit dalam rumah mereka selepas pintu utama rumah itu terkunci di Tmaan Meru Indah, Meru di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, ibu kepada dua beradik itu keluar ke halaman rumah sebelum pintu utama tertutup dan terkunci.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, mohd Sani Harul, ibu mangsa kemudian menghubungi sumainya namun kunci rumah tiada padanya.

"Kami menerima panggilan pada jam 4.50 petang dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang ke lokasi kejadian.

"Bomba mengambil masa 10 minit memotong besi tingkap di tepi rumah dan kanak-kanak itu tidak cedera sepanjang terperangkap," katanya. - Siakapkeli.my

Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.