Ads Top

Ambil Peluang Anda Sebagai Rakyat Malaysia Temui Badan Pelaksana Di NBOS Yang Bakal Berakhir 20 Ogos Ini


Sebelum ini dah beberapa kali kami siarkan mengenai Sambutan Hari lautan Biru Kebangsaan (NBOS2016), alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Tujuan utama kenapa admin mempromosikan NBOS 2016, kerana ianya mempunyai pelbagai faedah kepada rakyat, tidak kiralah sebulu atau tidak, ini peluang kita untuk ketahui hak apa yang patut kita dapat sebagai rakyat Malaysia di mana admin sendiri tidak ketinggalan pergi ke PICC terutamanya nak tahu pasal PR1Ma.

Alhamdulillah, banyak penerangan admin dapat mengenai PR1MA, rasa bertuah sangat, sebab sebelum ini kita dimomokkan dengan pelbagai perkara mengenai PR1MA ini, banyak rupanya kawasan perumahan yang berbaloi dibeli di Kuala Lumpur ini tetapi kita tidak tahu pun lokasinya.

Pada 20/8 ini  NBOS 2016 akan melabuhkan tirai, jadi kepada mana-mana yang nak pergi, anda masih berkesempatan berbuat demikian, sebab banyak badan pelaksana kerajaan berada di sana macam MDEC, NSU, PR1MA, BR1M, 1M4U dan pelbagai lagi.


Acara kemuncak esok sudah pastinya banyak acara yang melibatkan artis terkenal tanah air contohnya, Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta yang akan melakukan acara lelongan amal selain kemunculan di 'Fashion Bazaar by Roopawan.com'

Selain itu, Erra Fazira pula akan membuat kemunculan di gerai Rara by Erra Fazira bersempena 'Fashion Bazaar by Roopawan.com' pada hari Jumaat (19 Ogos 2016).

NBOS 2016 ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 16 Ogos lalu di Pusat Konvenseyen Antarabangsa Putrajaya

Jom kita lihat serba sedikit kemeriahan selama NBOS 2016 ini berlansung.






No comments:

Powered by Blogger.