Ads Top

(3 Foto) Selepas Saga, Foto Luaran Proton Persona Baharu Dari Jarak Dekat Pula Tersebar

Jika sebelum ini, beberapa gambar Proton Saga 2016 sudah tersebar, kini giliran gambar Proton Persona 2016 pula menjadi perhatian ramai.

Di laman rasmi Proton Malaysia, sudah kelihatan beberapa keping gambar 'teaser' yang menunjukkan bagaimana rupa Proton Persona dari dalam.

Tapi bagaimanakah rupa kereta itu dari luar?

Kita bernasib baik kerana beberapa keping foto kereta itu telah tersebar di media sosial Facebook.

Dari reaksi dari pengguna media sosial pula, ada yang mengatakan Proton Persona ini kelihatan seperti Vios.



Menurut laporan, Persona 2016 akan dikuasakan dengan enjin VVT 1.6 liter - sama seperti Proton Iriz. Namun tiada varian 1.3 liter akan dikeluarkan.

Persona 2016 1.6 akan dikeluarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L Manual Standard, 1.6L CVT Standard dan 1.6L CVT Premium.

Gambar teaser Proton Persona 2016






No comments:

Powered by Blogger.