Ads Top

(Video) Terkini : Letupan Gegarkan Madinah - Lapor Media Saudi


Arab Saudi - Satu letupan, telah dilaporkan berlaku di Madinah, berdekatan dengan masjid Nabawi.

Menerusi rakaman video oleh al-Arabiya TV, kelihatan sebuah kereta terbakar yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Laporan dari al-Arabiya juga menyebut, tiga maut susulan kejadian.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kejadian terlibat dengan aktiviti keganasan berikutan beberapa laporan yang mengeluarkan kenyataan yang berbeza.


Beberapa video lain pula menunjukkan orang ramai merakamkan mayat-mayat yang terbaring di tepi kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir, selain turut kedengaran siren polis dan ambulan.

Setakat ini masih belum ada pengesahan rasmi dari pihak berkuasa.

Letupan itu berlaku pada Isnin, iaitu malam terakhir bulan Ramadan.

Sumber : bbc, rt.com, aljazeera, alarabiya



No comments:

Powered by Blogger.