Ads Top

Video Serangan Trak: 73 Terbunuh Di Perancis.


NICE - PERANCIS.Sekurang-kurangnya 73 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila seorang penyerang memandu trak dan merempuh orang ramai yang berhimpun menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Bastille di sini.

Insiden itu bagaimanapun dinafikan kerajaan Perancis berhubung wujudnya insiden tebusan selepas serangan di bandar pusat peranginan ini di selatan Perancis.

"Tidak ada tebusan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pierre-Henry Brandet kepada AFP, sekali gus menafikan puluhan khabar angin selepas kejadian.

"Seorang individu memandu trak ke arah orang ramai dan suspek sudah dibunuh polis," katanya.

"Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada individu itu bertindak sendirian atau punya rakan subahat yang mungkin melarikan diri," kata Brandet.

Sementara itu dilaporkan, penyiasat antikeganasan kini mengambil alih siasatan, kata pendakwa raya. - AFP

Sinar Harian
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.