Ads Top

Tuan Guru Salleh Musa Meninggal Dunia



SIK - Tokoh ulama negara, Tuan Guru Salleh Musa, 87, dilaporkan meninggal dunia kira-kira 8.15 malam tadi.

Perkara itu disahkan sendiri oleh anaknya Muslim Salleh, 41, kepada Sinar Harian sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Salleh yang dilahirkan di Pekan Sik merupakan anak didik kepada beberapa tokoh ulama hebat di Makkah di antaranya ialah Syeikh Ismail Fathoni, Syeikh Abdul Qadir Mandili dan Syeikh Syed Alawi Al-Maliki.

Selepas pulang dari Makkah pada tahun 1963, beliau menyampaikan dakwah dan memenuhi jemputan masyarakat dalam majlis ilmu dan dilantik menjadi Mudir Madrasah Ar Rahmaniah bagi menggantikan ayahnya Tuan Guru Musa Salleh.

Al Fatihah

Sumber : Sinar Online

No comments:

Powered by Blogger.