Ads Top

Tiga Lelaki Maut Diserang Ketika Mandi.


PERAI - Tiga pekerja kilang warga Myanmar yang sedang bersiap untuk keluar bekerja mati, manakala seorang lagi cedera parah selepas mereka diserang sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di Taman Nagasari di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, kesemua mangsa yang berusia diantara 26 hingga 35 tahun dikatakan sedang mandi di luar asrama mereka sebelum diserang lapan lelaki lengkap berparang.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa ditetak beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan sehingga menyebabkan kepala salah seorang mangsa hampir terputus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Husain @ Abd Rasid berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.38 pagi bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, ketika anggota polis sampai di lokasi kejadian menjumpai tiga mayat lelaki dalam keadaan berlumuran darah dan seorang lagi rakan mereka yang turut diserang mengalami cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya.

"Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian polis menemui dua mayat lelaki dalam kawasan rumah manakala seorang lagi ditemui di hadapan rumah.
"Rumah teres dua tingkat yang dihuni mangsa serta 13 lagi rakan senegara itu adalah asrama yang disediakan majikan mereka dan ketika kejadian mereka sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja sebelum diserang kumpulan lelaki yang tidak dikenali,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razaruddin berkata, siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata yang digunakan dan pihaknya sedang menyiasat motif sebenar kejadian.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sinar Harian
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.