Ads Top

Terkini : Timbalan Datuk Bandar di Istanbul Ditembak di Kepala, Dalam Keadaan Kritikal



ISTANBUL, 18 Julai - Seorang penyerang yang tidak dikenali telah menembak timbalan datuk bandar daerah Sisli di Istanbul, di bahagian kepala.

Menurut laporan media tempatan, penyerang itu telah memasuki pejabat timbalan datuk bandar itu sebelum kedengaran bunyi tembakan.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian mempunyai kaitan dengan cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki baru-baru ini yang meragut lebih 200 nyawa. - Siakapkeli.my

Laporan lanjut menyusul...

Sumber : Telegraph

No comments:

Powered by Blogger.