Ads Top

Selepas Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Giliran Kunanlan Pula Bersara Mewakili Harimau Malaysia.


Kuala Lumpur: Selepas kapten Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd Adzak, kini giliran pemain pertahanan S Kunanlan pula membuat keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad Harimau Malaysia.

Kunanlan, 29, mengikut jejak langkah rakan sepasukannya di Johor Darul Ta'zim (Johor DT) itu menerusi satu pengumuman di laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

Pemain kelahiran Semenyih, Selangor itu yang memiliki 70 cap antarabangsa membuat penampilan terakhir bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika seri 1-1 dengan Fiji dalam aksi persahabatan antarabangsa Jelajah Oceania 2016 pada 27 Jun lalu.

Kunanlan, pemain skuad juara Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010 tidak menyatakan sebarang alasan keputusannya untuk bersara namun melahirkan rasa terima kasih ke atas sokongan yang diberikan selama menyarung jersi kebangsaan.

Kunanlan pemain ketiga daripada Johor DT yang membuat keputusan bersara di pentas antarabangsa selepas Safiq dan Aidil membuat kejutan, kelmarin.

Harian Metro
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.