Ads Top

Sebab Mengapa Lensa Leica di Telefon Huawei P9 Digelar Sebagai 'Kamera Masa Hadapan'


Di zaman teknologi yang serba canggih ini, sudah susah untuk melihat kamera-kamera di gantung di leher. Boleh dikatakan, zaman-zaman kegemilangan 'kamera tradisional' sudah semakin pudar dek kerana munculnya peranti mudah alih, telefon pintar.

Malah, ada juga jurugambar professional dan wartawan yang menggunakan kamera telefon pintar untuk merakam detik-detik emas di hadapan mereka. Namun, sesebuah gambar tidak lengkap jika tidak disertakan dengan perincian setiap objek.

Disebabkan itu, ketika pengeluar kamera terkemuka, Leica, mengumumkan syarikatnya akan bekerjasama dengan Huawei untuk menghasilkan telefon pintar berkamera, jurugambar-jurugambar di majlis pengumuman itu sangat teruja sehingga ada yang berdiri.

Apa yang menarik minat mereka tentang kolaborasi itu adalah bagaimana syarikat berpengalaman seperti Leica akan memastikan kualiti gambar yang diambil menggunakan telefon pintar akan berkualiti yang diambil menggunakan kamera DSLR.


Hasil dari kolaborasi itu, lahirlah telefon Huawei P9, yang dilengkapkan teknologi kamera dari Leica. Apa yang membezakan kamera Huawei P9 dengan kebanyakan kamera telefon pintar yang lain ia dilengkapkan dengan teknologi dua lensa dari Leica, yang satunya berfungsi mengambil imej berwarna dan satu lagi berfungsi untuk mengambil imej monochrome.

Hasil gabungan dua imej ini akan menghasilkan satu gambar yang lebih terperinci, jelas dan cantik. Ini kerana, lensa warna bertanggungjawab untuk merakam imej warna yang tepat manakala lensa monochrome pula bertanggungjawab merakam segala perincian di dalam gambar itu.

Disebabkan teknologi unik ini, telefon Huawei P9 digelar sebagai telefon pintar dengan 'kamera masa hadapan'.

Foto yang diambil menggunakan Huawei P9 di tengah malam. Foto : WSJ
Telefon Huawei P9 didatangkan dengan skrin 5.2 inci 1080p dan dikuasakan dengan pemproses ARM 2.5GHz 64-bit. Dari segi bateri pula, ia didatangkan dengan bateri 3,000 mAh.

Lebih menarik, telefon Huawei P9 juga mendapat reviu dari blog fotografi terkenal, Petapixel yang mencuba sendiri kamera Leica di telefon itu.

Selain mod biasa, pengguna telefon P9 juga dibenarkan menggunakan antaramuka mod 'profesional' seperti mengawal shutter, aperture dan ISO seolah-olah telefon pintar itu adalah kamera DSLR.

Mod automatik

Mod professional
Blog Petapixel juga turut memuji 'detail' yang boleh rakam menggunakan kamera telefon tersebut.
Selain kelebihan mod 'professional' aplikasi kamera di telefon Huawei P9 juga didatangkan dengan mod-mod mudah seperti Beauty, HDR, panorama dan pelbagai lagi bagi mereka yang lebih sukakan setting automatik.

Lebih dari itu, P9 juga dilihat sebagai telefon pintar Android yang meletakkan kamera sebagai keutamaan. Ini boleh dilihat dengan beberapa ciri dan kawalan yang diletakkan di dalam telefon itu bagi memudahkan capaian kepada kamera.

Antaramuka aplikasi kamera telefon itu juga dilihat sangat teratur dan tersusun yang memperlihatkan usaha yang dibuat oleh pengeluar telefon tersebut untuk menjadikan telefon ini sebagai sebuah 'telefon yang khas bagi penggemar kamera'.

Bagi yang mahukan setiap detik dirakam dengan terperinci, Huawei P9 berkanta Leica adalah telefon pintar yang berbaloi untuk dicuba. - Siakapkeli.my

Sumber : Petapixel

No comments:

Powered by Blogger.