Ads Top

Saya Tak Kisah Media Temu Bual IS Tapi...


KUALA LUMPUR - Pengamal media yang memberikan ruang kepada anggota kumpulan militan IS untuk menyampaikan agenda mereka boleh dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Media yang ingin mencari kelainan berita dengan menyiarkan temubual media bersama anggota IS warga Malaysia di sana (Syria) sebenarnya boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya.

Media mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan ia perlu diutamakan oleh pengamal-pengamal medium tersebut, katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini, hari ini.

"Saya tidak kisah jika mahu temu bual (dengan IS) tetapi tidak perlu menyiarkannya kepada awam. Mana-mana media tempatan yang memberikan ruang kepada IS‎ untuk menyalurkan agenda mereka akan diambil tindakan tegas," beliau memberi amaran.

Khalid berkata demikian berikutan tindakan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang mengeluarkan berita berhubung temu bual bersama anggota Daesh warga Malaysia di Syria, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi@Abu Hamzah, baru-baru ini.

Dia juga memberi amaran kepada semua pengamal media lain agar tidak berbuat demikian kerana keselamatan negara adalah keutamaan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya terus memburu dua lagi suspek serangan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Puchong, baru-baru ini.

"Saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu agar tampil membantu pihak polis," kata Khalid.
Pada 28 Jun lepas, lapan cedera, seorang daripadanya parah, dalam insiden letupan bom tangan dekat sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira 2.15 pagi itu ketika pengunjung premis menyaksikan perlawanan kejohanan bola sepak Euro 2016. - Bernama

Sinar Harian
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.