Ads Top

Rupanya inilah punca sebenar Aidil Zafuan & Safiq Rahim tiba-tiba buat keputusan mengejut untuk bersara dari pasukan bolasepak kebangsaan


JOHOR BAHRU - Pemain pertahanan skuad Harimau Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Radzak hari ini mengumumkan persaraannya daripada pasukan bola sepak kebangsaan.

Aidil Zafuan menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers berkata, keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada pemain muda.

"Saya, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan bersara daripada skuad kebangsaan dan ingin memberi peluang kepada pemain muda untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang,"katanya.

Pemain berusia 28 tahun dari Seremban itu telah membuat 68 penampilan bersama skuad negara sejak Julai 2007.

Menurut pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) itu, beliau cukup berbesar hati dapat membantu Harimau Malaysia mencapai beberapa kejayaan termasuk memenangi pingat emas Sukan SEA 2009.

Sementara itu, Safiq Rahim turut menyatakan hasrat yang sama menerusi laman Facebook rasmi Johor DT itu hari ini.

"Sudah tiba masanya untuk saya bersara daripada skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tugasan saya.

"Pencapaian-pencapaian yang pernah saya raih seperti membantu skuad kebangsaan Bawah 23 tahun memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 untuk skuad senior pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pemain generasi baru untuk memberikan keputusan dan idea yang lebih positif buat skuad negara.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya di dalam skuad kebangsaan terutama penyokong-penyokong bola sepak tanahair, barisan kejurulatihan serta pengurusan FAM,"
 ujarnya.
Armin Lute

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.