Ads Top

Remaja Perempuan Yang Dilaporkan Hilang, Sedang Bercuti Di Pulau Langkawi.


REMAJA perempuan yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Daerah Sik, Kedah, sejak 10 Julai lalu, ditemui di Pekan Kuah, Langkawi, pada 9.30 pagi, hari ini.

Norasfarina Mohammad Asfanizam, 16 ditemui selamat selepas rakannya memaklumkan dia berada di pulau itu.

Bapanya, Mohammad Asfanizam Mat, 42, berkata anaknya itu bercuti di Langkawi.

"Sebelum kehilangan itu, dia ada memberitahu hendak meminjam motosikal ibunya untuk ke rumah rakannya berhampiran kawasan kediaman kami.

"Tapi, sehingga kira-kira 6 pagi, anak saya masih tidak pulang. Saya bimbang dan kemudian bertanya kepada rakannya yang lain.

"Pada awalnya mereka enggan memberitahu tapi selepas mendesak selain kehilangan anak saya menjadi viral di laman sosial, barulah mereka memaklumkan perkara sebenar," katanya ketika dihubungi Harian Metro di Kedah.

Katanya, dia turut dimaklumkan motosikal yang digunakan anaknya berada di Jeti Kuala Kedah.
  1. Pelik Tapi Benar: Kubur Di Tengah Jalan Raya.
  2. Kenapa Rakyat Malaysia Ramai Yang Kahwin Dengan Warga Asing.
  3. Tiga Hari Hilang, Budak 5 Tahun Rupanya Dibunuh Dan Dibakar.
Menurutnyam, dia ada menghubungi dan menghantar SMS kepada anaknya untuk memastikan keadaannya selain bertanyakan lokasi.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan anak saya sudah pulang dengan selamat," katanya.

Harian Metro
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.