Ads Top

PRN P. PINANG : Punca DAP Gagal Dapatkan Persetujuan PKR!!!


Tiba-tiba DAP seperti melukut di tepi gantang. Sebuah parti yang sebelum ini dilihat begitu dominan dalam pakatan harapan kini seperti terhegeh-hegeh merayu seteru mereka untuk merestui dan menyokong hasrat mereka untuk membubarkan DUN Pulau Pinang.
Antara punca kegagalan DAP ini adalah :

1. DAP kelihatan begitu terdesak apabila mahu mengadakan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang. Malangnya dalam mesyuarat tergempar pada 20 Julai 2016, kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS masih gagal membuat keputusan.

2. Salah satu punca kenapa PKR dan PAS tidak mahu bersetuju adalah kerana mereka melihat bahawa pilihan raya ini bukan untuk memberi manfaat kepada rakyat, sebaliknya ingin diadakan semata-mata untuk menyelamatkan Lim Guan Eng dari tuduhan rasuah dengan menyalah gunakan proses pilihan raya.
3. Tindakan yang bersifat jangka pendek ini adalah satu pembaziran dana awam dan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Sama ada bersalah atau tidak, kes Lim Guan Eng seharusnya diputuskan oleh mahkamah. Bukan kerajaan Pulau Pinang yang akan dibicarakan di mahkamah, sebaliknya Lim Guan Eng.
4. Tidak wajar Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang mengheret rakyat ke dalam kes skandal banglo sedangkan peluang mencukupi disediakan oleh mahkamah untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Lebih wajar sebenarnya untuk Lim Guan Eng bercuti dan pengganti bagi jawatan ketua menteri ini dicari.
5. Menurut sumber dalaman, punca kedua kenapa DAP gagal mendapat persetujuan PKR dan PAS adalah kerana pilihan raya ini dilihat hanya akan menguntungkan DAP. DAP dilihat akan terus mengekalkan 19 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum yang lepas sedangkan PKR bakal kehilangan sejumlah kerusi sekiranya pilihanraya negeri diadakan. 5 kerusi PKR yang berisiko tinggi bagi mereka jika berlaku PRN di Pulau Pinang ialah seperti Seberang Jaya, Penanti, Sg Bakap, Pantai Jerjak dan Batu Maung.
6. Terdahulu pada 30 Jun lalu Lim Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan iaitu salah guna kuasa, dan perolehan harta di bawah nilai pasaran bagi seunit kediaman di Jalan Pinhorn, George Town.
7. Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran). Bagaimanapun Guan Eng mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan berkenaan dan dibenar ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

No comments:

Powered by Blogger.