Ads Top

Polis Percaya Suspek Kes Tembak Setapak Masih Dalam Negara


Kuala Lumpur, 28 Julai: PDRM percaya suspek kes tembak  mati seorang lelaki berusia 43 tahun di Setapak semalam masih berada dalam negara.

Ketua Polis Negara , Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan masih lagi dijalankan termasuk mencari motif sebenar kejadian.

"Saya percaya setiap kejadian (tembak) ada sebabnya. Bukan orang hendak tembak sesuka hati tanpa sebab," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Siasatan awal mendapati 10 das dari 18 das tembakan yang dilepaskan mengenai badan mangsa. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.