Ads Top

PENGGUBAHAN WANG HARAM : Kenapa US Tidak Dakwa Semua Yahudi Yang Dituduh?

1. Jika kerajaan AS yakin aset itu adalah dari hasil “money laundering” atau kegiatan haram, sudah tentu kerajaan AS akan terus merampas aset dan mendakwa setiap individu yang dinamakan. 
Persoalannya, kenapa AS tidak merampas dan mendakwa terus semua individu yang dinamakan? Malah ada pula pihak-pihak yang Jabatan Kehakiman AS tidak berani namakan. Jawapannya – kerana Jabatan Kehakiman AS tidak ada bukti atau tidak mempunyai cukup bukti bahawa semua aset ini adalah dari hasil “money laundering” atau kegiatan haram.
2. Kerajaan AS juga tidak boleh merampas aset ini sewenang-wenangnya. Untuk merampas aset ada 3 langkah yang perlu dibuat terlebih dahulu. Pertama, pastikan siapa pemilik sebenar aset-aset ini. Kedua, memastikan tiada pihak lain yang menuntut aset tersebut. Ketiga, menyiasat dan memastikan adakah aset itu hasil daripada kegiatan haram atau kegiatan perniagaan yang sah. Selepas 3 langkah ini dilaksanakan baharulah kerajaan AS boleh merampas aset-aset ini.
3. Dalam tindakan saman sivil ini, Jabatan Kehakiman AS tidak ada atau tidak mempunyai cukup bukti untuk mensabitkan setiap individu terbabit dengan kesalahan jenayah, sebaliknya, melalui saman sivil ini mereka mahu pihak yang kena tuduh mengesahkan bahawa aset mereka bukan dari sumber haram. Jika pihak yang dituduh memperolehi aset dari sumber haram yang lain selain dari 1MDB dan tidak mahu mengesahkan sumber wang dalam pembelian aset ini pun, kerajaan AS tetap akan merampas aset mereka. Tidak semestinya ia dikaitkan dengan 1MDB. Jika pemilik aset boleh mengesahkan bahawa ia adalah dari sumber pelaburan yang sah dan bukan dari kegiatan haram, maka aset-aset tidak boleh dirampas.
4. Memandangkan Jabatan Kehakiman AS tidak mempunyai bukti yang mencukupi dan jika betul pembelian semua aset ini menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB, maka ia bukan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh 1MDB. Sebaliknya dalam kes ini, 1MDB adalah mangsa kepada perbuatan jenayah. Berdasarkan fakta kes, sehingga kini pertikaian hanya timbul dalam transaksi yang melibatkan IPIC dan Aabar. Jika itu kesnya, maka baguslah jika wang dari hasil penjualan aset dan produksi filem blockbuster ini dikembalikan kepada Malaysia atau 1MDB yang menjadi mangsa ‘kecurian’ ini.
Jadi apa isunya?
Oleh Tun Faisal,
http://ift.tt/2apwSk9

No comments:

Powered by Blogger.