Ads Top

Pasangan Lalok Ditahan Cuba Ceroboh Bukit Aman

Kuala Lumpur: Sepasang pasangan kekasih telah berjaya ditahan oleh pihak polis selepas kedua-dua mereka telah cuba menceroboh masuk ke Bukit Aman dengan menyamar sebagai anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, malam tadi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam tadi, kedua-dua suspek yang berumur 30 an itu telah datang ke Bukit Aman menaiki sebuha kereta dan ditahan anggota kem komandan Bukit Aman bertugas selepas mereka dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika cuba memasuki pintu utama.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas mereka mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis syabu selepas saringan ujian air kencing dijalankan ke atas mereka.

Kedua-dua suspek kini telah ditahan di IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut. - Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.