Ads Top

Pasangan Kekasih Menyamar Sebagai Anggota Cuba Cceroboh Bukit Aman.


Kuala Lumpur: Pasangan kekasih ditahan selepas cuba menceroboh masuk ke Bukit Aman dengan menyamar sebagai anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam tadi, dua suspek berusia 30-an itu menaiki kereta ditahan anggota kem komandan Bukit Aman bertugas selepas berada dalam keadaan mencurigakan ketika cuba menceroboh masuk melalui pintu utama ibu pejabat polis itu.

Difahamkan pasangan kekasih berkenaan positif dadah jenis syabu selepas saringan ujian air kencing dijalankan ke atas mereka.

Sumber polis memberitahu, suspek kini ditahan di IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Katanya, semakan ke atas suspek mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Harian Metro
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.