Ads Top

Pakaian Sopan Dan Menutup Aurat Wajib Tahun Depan.

Contoh pakaian sopan bagi pekerja pasar raya dan restoran makanan segera di Kelantan mulai tahun depan. - Foto ZAMAN HURI ISA
Kota Bharu: Semua pekerja makanan segera, termasuk KFC, McDonald's dan pasar raya di negeri ini perlu berpakaian sopan dan menutup aurat bermula Januari tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Ab Fattah Mahmood berkata, bagi melaksanakan peraturan itu, pihaknya sudah membuat perbincangan dengan pengusaha dan pemilik premis.

"Persetujuan sudah dicapai dan ia akan dilaksanakan awal tahun depan namun ada premis sudah memulakannya.

"Syukur Alhamdulillah, mereka menyambut baik hasrat kerajaan negeri yang menetapkan pekerja berpakaian sopan termasuk memakai baju lengan panjang dan bertudung bagi wanita," katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri bersama 1,000 mahasiswa Kelantan di JKR 10, di sini, hari ini.

Harian Metro
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.