Ads Top

Pada Usia 19 Tahun, Remaja Ini Sudah Bergelar Juruterbang Professional


UK, 3 Julai - Seorang remaja, Luke Elsworth, 19, telah berjaya menempa nama apabila dikenali sebagai salah seorang juruterbang termuda di UK.

Remaja berkenaan, ditawarkan pekerjaan itu oleh easyJet selepas dia berjaya mengambil ujian - yang memerlukan juruterbang mengambil laluan terpantas - dengan cemerlang.

Dia kemudian dimasukkan ke program latihan CTC Aviation di Southampton selepas lulus ujian itu - beberapa hari sebelum dia berumur 18 tahun.

Elsworth kemudian berjaya menghabiskan program latihan selama enam bulan itu dan pada bulan April lalu, dia telah ditawarkan jawatan sebagai pegawai utama di easyJet.

Menurut rekod, Elsworth memegang lesen Multi-Crew Pilot dan merupakan juruterbang termuda dalam sejarah UK.

Ketika ditanya sama ada dia merasa janggal apabila seseorang dengan umur semudanya boleh menerbangkan pesawat penumpang, Elsworth menjawab : "Saya tak fikir ianya janggal. Saya juga ingin menggalakkan mereka yang muda untuk mengikut langkah ini".

"Jika kamu sudah layak untuk ini (menjadi juruterbang), kamu sudah pun melalui latihan dan kamu berminat dengannya, jadi umur bukannya satu masalah", kata Elsworth. - Siakapkeli.my



Sumber : Metro.co.uk

No comments:

Powered by Blogger.