Ads Top

Netizen Kecam Tindakan Individu Masih Hasilkan Video Bakar Biskut Kononnya Ada Plastik


Sebelum ini sudah berkali-kali video kononnya mengkaji kandungan di dalam biskut yang didakwa dicampur plastik untuk membuatkan biskut berkenaan tahan lama.

Rata-rata eksperimen yang dijalankan hanya menggunakan api di mana pendapat mereka jika biskut itu menyala terbukti ianya dicampur dengan plastik.

Terbaru tersebar pula sebuah video yang menjadi perbualan hangat hari ini di mana beberapa biskut jenama terkena telah dibakar dan kononnya ada plastik kerana menyala.


Sekolah mana mereka belajar ni?

Sebelum ini tersebar video kononnya keropok dari Kelantan dan Terengganu menyala apabila dibakar, maka mulalah timbul tuduhan keropok berkenaan mengandungi plastik, tapi video berkenaan telah dipadam selepas dikecam ramai.

Perlu diketahui, di dalam keropok dan biskut berkenaan dihasilkan menggunakan tepung,  terdapat kanji yang mudah terbakar, tambah-tambah biskut, ada kanji, minyak dan kering, memanglah mudah menyala.

Jangan kata biskut, kepala ikan goreng pun meyala kalau dibakar sebab ada minyak.


Jadi, takkan kepala ikan yang korang masak sendiri tu dicampurkan plastik?

Berikut adalah reaksi netizen.


- Siakapkeli.my

No comments:

Powered by Blogger.