Ads Top

Messi Tidak Akan Tinggalkan Barcelona.


JURUCAKAP kelab Barcelona, Josep Vives yakin Lionel Messi tidak akan meninggalkan kelab itu susulan hukuman yang dikenakan terhadapnya atas dakwaan penipuan cukai.

Mahkamah Barcelona minggu lalu mengarahkan Messi dan bapanya untuk menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana mengelak daripada membayar cukai membabitkan pendapatan iklan sebanyak €4.16 juta (RM18.72j) dari 2007 hingga 2009.

Difahamkan, kedua-duanya sudah pun melakukan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

“Kami tidak bimbang mengenai perkara ini kerana kami yakin Messi tidak akan meninggalkan Barcelona.

“Kami kekal berhubung dengan wakilnya, jadi tiada apa perlu dirisaukan," katanya yang turut meminta kepada peminat untuk menzahirkan simpati kepada bintang Argentina itu dengan menyertai kempen di media sosial yang dilancarkan kelab itu digelar “Kami semua adalah Leo Messi.”

“Ia adalah kempen yang mudah namun kami berharap ia akan menunjukkan betapa banyak sokongan kami kepadanya,” ujarnya.

Sinar Harian
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.