Ads Top

Makcik Dah Beritahu Kakitangan Di Sini, Hubungi Anak-Anak Bila Jenazah Sudah Dikebumikan.

Rohaya ketika meluahkan perasaan hatinya kepada wartawan Sinar Harian Nur Farhana Abdul Manan.

CHERAS – “Makcik dah beritahu kakitangan di sini (Rumah Seri Kenangan) Cheras, hanya hubungi anak-anak bila jenazah sudah dikebumikan, selagi belum meninggal dunia tak perlu panggil mereka,” demikian luah seorang warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Rohaya, 79.

Kekecewaan terhadap sikap anak dan menantu menyebabkan Rohaya langsung tidak mempunyai ‘hati’ pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur menyambut hari raya.

“Hati makcik langsung tak ingat dah kat rumah….malah anak-anak pun malas nak ingat lagi,” katanya dalam nada pilu.

Dia yang menghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) sejak 12 tahun lalu berkata, lebih selesa dan gembira menyambut hari raya dengan rakan senasib di rumah kebajikan itu.

Menghidap beberapa penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi dan sakit urat, Rohaya kini terpaksa berkerusi roda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain.

Menceritakan kisah hidupnya, ibu kepada enam anak itu berkata, suami yang disayanginya meninggal dunia 11 tahun lalu.

Dia mempunyai enam anak masing-masing tiga lelaki dan tiga perempuan, dua daripada anak lelakinya tidak serik menjadi penagih dadah dan sudah berkali-kali keluar masuk penjara.

Ketika masih tinggal bersama, Rohaya berkata, dua anaknya itu sering meminta wang malah pernah mengugutnya menggunakan pisau serta parang.

"Anak perempuan pula dah ada keluarga masing-masing, rasa sedih bila menantu sanggup tipu makcik dalam perniagaan dijalankan hingga akhirnya makcik ambil keputusan tinggal di RSK.

“Hanya seorang anak yang pernah jenguk makcik di sini, yang lain tu mungkin takut nak jumpa sebab banyak dosa…apapun makcik dah ampunkan dosa mereka,” katanya.

Kini dia gembira menghabiskan sisa hidupnya menghuni RSK dan mengambil tempahan membuat mini tasbih yang kemudian dijual kepada pengunjung dan tetamu bertandang ke rumah kebajikan tersebut.

Sinar Harian
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.