Ads Top

Mahathir Sahkan Ada Parti Baru, Tapi Tak Akan Terajuinya


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa terdapat perbincangan bagi membentuk sebuah parti baru yang akan menjadi sebahagian daripada pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan mengetuai parti berkenaan.

"Saya akan menjadi yang pertama menyertai... tetapi tidak semestinya sebagai presiden," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau sebelum itu, mempengerusikan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan beberapa bekas pemimpin Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Mesyurat yang bermula pada jam 4 petang hari ini, bagaimanapun tidak dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Antara yang hadir adalah bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dispekulasikan sebagai antara pemimpin bekas Umno yang bakal menyertai parti baru itu tidak hadir kerana masing-masing berada di luar negara.
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.