Ads Top

Lelaki Ditahan Kerana Pecah Patung Didalam Kuil Hindu.


Georgetown: Seorang penagih dadah yang memiliki 13 rekod jenayah ditahan polis di Sungai Dua, pagi semalam, kerana disyaki terbabit dalam perbuatan khianat merosakkan dua patung sebuah kuil di Jalan Tengku Kudin, Gelugor dan Jalan Paya Terubong, Air Itam, minggu lalu.

Suspek berusia 45 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hasil risikan yang dilakukan kira-kira jam 11.15 pagi ketika berjalan seorang diri di kawasan berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, ketika ditahan suspek berada bawah pengaruh dadah dan mengaku terbabit dalam kejadian di sebuah kuil di Jalan Paya Terubong pada 10 Julai lalu dan sebuah lagi kuil di Jalan Tengku Kudin kelmarin.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek memiliki 13 rekod jenayah, termasuk enam kes dadah dan polis turut menemui pelbagai barangan seperti pisau, sabit, barang kemas, rantai leher, loket dan telefon bimbit.

Katanya, suspek yang juga seorang penganggur disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan agama.
Harian Metro
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.