Ads Top

Komen Dato Red Tentang Ruhainies


Kini isu baru yang melanda industri hiburan Malaysia tentunya kes 'dating' Ruhainies dan juga suami Adira iaitu Dato Red.

Ruhainies mengatakan itu semua perangkap dari suami Adira tersebut. (BACA SINI)

Dato Red atau nama sebenarnya Adnan yang dihubungi berkata, dia mengesyaki gambar dan video tersebut dirakam oleh individu yang mempunyai niat buruk terhadap dia dan keluarga.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon Hello Mr Perfect  kecuali berkaitan kerja namun memang menyukai Ruhainies.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai masalah untuk berkahwin buat kali ketiga jika ada jodoh.

Ini komennya:

SUKAKAN RUHAINIES

Saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti 'automatik' pula. 

"Ini namanya saya sendiri yang mencari 'bala'. Tetapi, saya berasakan kisah ini seperti dalam cerita P Ramlee (Madu Tiga) versi zaman sekarang pula,"

JUMPA KERANA KERJA

 "Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu. Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies.

"Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya,"

DIA BUJANG, SAYA DUA SLOT KOSONG

"Secara jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi.

"Isteri pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut 'angin' dia dahulu,"

HUBUNGAN DENGAN ADIRA

Ditanya mengenai hubungan dia dengan Adira setakat ini Adnan bagaimanapun enggan memberi ulasan panjang mengenainya.

"Awak tulis okey je (hubungan mereka),"kata Dato Red.

ADIRA TAHU, DATIN RED BELUM

"Saya seorang yang jujur dan akan meminta izin kepada isteri-isteri jika mahu berkahwin lagi. Lagipun bukannya saya buat perkara yang tidak elok. 

"Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya," 

Di instagram Adira pula, penyanyi ini telah memadamkan semua gambar suaminya itu namun tidak diketahui jika ianya mempunyai kaitan.

No comments:

Powered by Blogger.