Ads Top

'Koding' Akan Dimasukkan Dalam Kurikulum Sekolah Bermula Tahun Depan, kata CEO MDEC



KUALA LUMPUR, July 19 — Pengaturcaraan (coding) akan dimasukkan secara rasmi dalam silubus sekolah bermula tahun depan, kata CEO Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood.

TMO melaporkan, Yasmin berkata, pengaturcaraan komputer bukan sahaja akan diajar sebagai subjek komputer sains, tapi juga akan diterapkan di dalam pengajaran, terutamanya dalam kelas sains dan matematik.

Ketika ditemui wartawan, Yasmin menjelaskan program pilot telah pun dijalankan sejak tahun lepas di 22 buah sekolah.

Katanya, ia program itu diketuai oleh Kementerian pelajaran dengan bantuan MDEC dan akan menjadi sebahagian dari Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang bakal bermula tahun depan.

"Dan ianya telah terbuki bahawa pengaturcaraan, atau komputer sains, sangat penting untuk menggalakkan kemahiran berfikir tahap tinggi", tambahnya.

Tambah Yasmin lagi, perkara itu selaras dengan Bluprint 2013-2025 Pendidikan Malaysia yang mahu menggalakkan pemikiran kognitif dan berfikiran tahap tinggi selain mengaplikasikan IT sebagai salah satu alat mengajar dan belajar.

Bagaimanapun, Yasmin berkata butiran lanjut tentang program itu akan diumumkan pada Ogos ini.

Sumber : TMO

No comments:

Powered by Blogger.