Ads Top

Identiti Bakal Isteri Saharul Ridzwan Kini Terbongkar! Lihat Foto Wajah Sebenarnya Yang Pasti Buat Anda Terkejut Beruk Dan Cemburu Buta

Ramai yang berteka-teki mengenai identiti gadis yang bakal dinikahi Saharul Ridzwan apabila beliau bertindak merahsiakannya dan hanya mendedahkan bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini. Namun menurut sumber yang dilaporkan, wanita itu adalah Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, merupakan pemilik butik Wrap yang menjual pakaian muslimah.
“Apa yang dapat saya sahkan, Saharul akan berkahwin pada pertengahan September depan dengan wanita bernama Qaabila yang pernah digosipkan dengan dia sebelum ini. Kad jemputan untuk tetamu ke majlis pernikahan pasangan itu akan diedarkan pada bulan depan,” kata sumber berkenaan kepada portal m Star Online berhubung perkara itu.
Manakala bagi majlis perkahwinan pula, menurut sumber terbabit pasangan itu bakal disatukan didalam sebuah majlis yang bakal diadakan di Dewan Seri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 16 September depan. Dikhabarkan juga, majlis pernikahan itu juga akan diadakan pada hari Jumaat disamping mengambil barakah pada hari yang mulia itu.

Untuk pengetahuan, Qaabila sebenarnya wanita yang sama yang pernah dikaitkan dengan Saharul sebelum ini, dimana Saharul pernah memuat naik gambarnya bersama wanita itu di laman Instagram namun akhirnya terpaksa dipadamkan atas sebab-sebab tertentu. Malah beliau juga memohon maaf kepada keluarga wanita berkenaan yang turut terkesan.

Sementara itu, Saharul yang dihuungi oleh m Star Online tidak memberikan sebarang respon mengenai perkembangan hari bahagia beliau yang bakal tiba tidak lama lagi. Walau apapun, jika benar segala info yang diberikan sumber berkenaan, semoga segala perancangan majlis yang bakal diadakan akan berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.





Armin Lute

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.