Ads Top

Hisap Rokok Jauh Dari Anak Kecil Tetap Bahaya!....sila tag dan share bagi menyedarkan golongan perokok..


Kebanyakan bapa yang juga perokok tegar takkan sanggup merokok ketika bersama dengan anak-anak. Mereka tahu bahaya mendedahkan asap rokok ini pada anak.
Kebiasaannya bila teringin mereka akan merokok di luar rumah atau berada jauh dari anak-anak agar si kecil tidak terkena kesannya. Akan tetapi ramai yang tak tahu bahawa tindakan ini sebenarnya tidak selamat sebaliknya lebih bahaya. Ia menggandakan risiko bahaya nikotin dari asap rokok pada anak.
96e05_1459448301425
Konsaltan kesihatan, Faris Rosli berkongsi perkara ini dalam satu statusnya di laman sosial. Dia turut menceritakan pengalaman bertemu dua anak kecil yang mempunyai penyakit asma kesan dari ketagihan rokok bapa mereka
Seorang ayah datang membawa anak kecil berumur setahun yg kelihatan sedikit tercungap-cungap. Diselang seli batuk yg kuat, kanak-kanak comel itu terkekek-kekek ketawa menampakkan 2 batang gigi saat saya meletakkan stethescope di dadanya.
“Paru2 ada bunyi (ronchi) macam lelah sikit, encik. Kita bagi dia nebulizer sekejap ye.” Si ayah mengangguk perlahan. Saat saya meletakkan nebulizer mask utk anak tersebut yg dipangku ayahnya, bau rokok menerpa masuk ke hidung.
“Encik merokok ke?” Sambil mengangguk perlahan dia menjawab, “Merokok. Tapi di luar rumah je. Saya memang jaga, tak merokok depan anak2-anak.
“Saya bertanya lanjut, beliau dan isteri tiada sejarah asma (lelah). Namun anak2 mereka berumur sebulan & 3 tahun sudah kerap berulang alik ke klinik untuk mendapatkan nebulizer.
“Dr kata anak yg 3 tahun tu dh kena asma dan perlu start ubat pam (inhaler) tapi saya tak bagi. Nanti susah kena pakai berterusan pula. Ada kawan yg pakai pun tak sembuh juga. Kalau boleh saya tak nak biasakan anak dengan ubat-ubatan lagi.”
Saya hilang kata2. Kesalahan merokok itu bagi saya sudah cukup berat bagi si ayah yg punya anak kecil, menafikan hak seorang anak untuk mendapat rawatan terbaik menambah lagi bebannya.
Tiada ayah yg tidak menyayangi anak2nya, namun mungkin masih kurang kesedarannya (mungkinkah?)
Secondhand-Smoke-Appeal
# Tidak merokok secara direct di hadapan kanak2/org dewasa lain tidak bermakna ia tidak membahayakan. Bahaya passive smoker atau third stream smoker adalah berganda berbanding si perokok! Nikotin yg melekat pada baju, kulit serta tubuh badan si ayah yg merokok boleh dipindahkan ketika memeluk,mendukung & mencium anaknya.
# Ubat asma tidak menyembuhkan namun utk mengawal daripada semakin teruk. Malah kanak2 yg mendapat rawatan, namun berterusan terdedah dengan asap rokok sbg passive smoker/third stream smoker berisiko dengan serangan lelah yg akut.
# Hampir 90% daripada kanak2 yg menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yg mempunyai sekurang2nya seorang perokok.
# Menurut kajian,kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan ubat asma tidak berkesan 100% Justeru, diharapkan agar ayah2 yg penyayang di luar sana dapat menimbang utk berhenti merokok, kelak tidak memberi mudarat pada org di sekeliling terutama anak2 kecil.
Armin Lute

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.