Ads Top

(Foto) Mural 'The Loving Sisters' Diiktiral Mural Terbesar di Malaysia oleh MBOR


MUAR, 18 Julai - Potret mural 'The Loving Sisters' yang dihasilkan berdekatan dengan Bulatan Jalan Bakri, di sini diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai mural terbesar di negara ini.

Lukisan yang berukuran 11.80 meter tinggi dan 9.75 meter lebar itu merakamkan wajah dua adik beradik, Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, 7, dan adiknya, Nur Najiyah Armani, 3, yang berasal dari Bakri.

Gambar itu diiktiraf dalam satu majlis yang diadakan sebentar tadi.

Lukisan yang dihasilkan oleh artis dari Rusia, Julia Volchkova siap pada Sabtu lalu.

Pengarah MBOR, Christopher Wong menyampaikan sijil berkenaan kepada Pegawai Daerah Muar, Ramlee A. Rahman sambil disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong. -

Sumber :  UTUSAN ONLINE



Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, 7, dan adiknya, Nur Najiyah Armani, 3


No comments:

Powered by Blogger.