Ads Top

Datuk Ong Kim Swee Terkejut Pengumuman Safiq Rahim Dan Aidil Zafuan Untuk Bersara.


Ketua jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee melahirkan rasa terkejut susulan pengumuman dua pemain kebangsaan untuk meninggalkan skuad Harimau Malaysia, semalam.

Bagaimanapun beliau memberi reaksi dengan merestui keputusan kedua-dua pemain tersebut.

Kim Swee berkata, pengumuman Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk bersara daripada pasukan negara adalah satu kerugian tetapi perlu dihormati.

"Sudah tentu saya terkejut dengan pengumuman kedua-dua pemain ini, tetapi pada masa yang sama saya berasakan mereka tentunya sudah memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

"Ia satu kerugian, tetapi jika benar ini keputusan mereka kita harus menghormatinya kerana sudah pasti mereka sudah berbincang dengan keluarga masing-masing," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Kedua-dua mereka memberi alasan dengan pengunduran mereka itu diharap dapat memberi laluan dan peluang kepada pemain muda lain untuk beraksi dalam pasukan negara.

Sehubungan itu Kim swee berkata, beliau akan mencari pengganti pemain tersebut melalui penilaian berdasarkan prestasi pemain di Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Bagaimanapun katanya, jika Safiq dan Aidil menukar fikiran untuk kembali beraksi dalam pasukan kebangsaan hasrat mereka akan dipertimbangkan.

"Kita nilai dalam baki saingan Liga Super musim ini dan juga saingan Piala Malaysia yang baru bermula malam tadi untuk disenaraikan bagi menggalas tugas skuad Harimau Malaysia pada tugasan akan datang.

"Bagaimanapun jika keadaan berubah dan mereka menukar fikiran untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa akan datang, sudah tentu kita akan menilai semula kedudukan mereka berdasarkan prestasi semasa ketika itu," jelasnya.

Malaysia kini
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.