Ads Top

Aidil Zafuan Dan Safiq Rahim Umum Besara Dari Skuad Kebangsaan

Dua pemain kebangsaan - yang kini berkhidmat bersama JDT - membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan mereka hari ini.
Anehnya, pengumuman bersara daripada skuad Harimau Malaysia oleh Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak dibuat secara berasingan - tetapi berturutan - menggunakan Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Safiq yang juga kapten JDT berkata, sudah tiba masa untuk dia bersara dan memberi peluang kepada pemain lain menggalas tugasnya.
"Pencapaian-pencapaian yang pernah saya raih seperti membantu skuad kebangsaan bawah 23 tahun memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 untuk skuad senior pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pemain generasi baru memberikan keputusan dan idea lebih positif buat skuad negara.

"Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya terutama penyokong-penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan FAM," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Kira-kira sejam sebelum itu, Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan JDT mengambil keputusan dan alasan sama untuk meninggalkan skuad kebangsaan.
Sejak 2007 bersama skuad Harimau Malaysia pemain kelahiran Negeri Sembilan itu membuat penampilan sebanyak 68 kali bersama skuad Harimau Malaysia.
Kali terakhir Aidil Zafuan bermain untuk Malaysia ialah ketika perlawanan persahabatan siri jelajah Oceania bulan lalu.
"Saya cukup berbesar hati dapat membantu mencapai beberapa kejayaan sewaktu bersama skuad kebangsaan antaranya memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, kelayakan belia bawah 20 AFC 2004, kelayakan Sukan Olimpik 2008 serta perlawanan-perlawanan lain.
"Saya juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan FAM yang selama ini menyokong karier saya sepanjang berkhidmat bersama skuad kebangsaan," katanya.
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.