Ads Top

7 Kesilapan Besar Dan Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri


Percayalah bila saya kata, rasa suka itu akan berkurang dengan berlalunya masa.

Tiga tahun pertama mungkin kita merasakan bahawa pasangan kita itulah segala-galanya.

Tapi tahun-tahun yang seterusnya,  kita sudah merasa hambar dan semakin bosan rumah tangga kita.

Sifat hati fitrahnya berbolak-balik bersama masa. Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut, tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja. Terlalu menjaga dikata mengongkong, terlalu memberi kebebasan dikatakan tidak sayang.

Apa yang tidak kena sebenarnya dalam rumah tangga kita? Dimana silap kita yang mungkin kita terlepas pandang?

Dalam kita menjaga hubungan suami isteri, ada beberapa perkara yangsangat perlu diberikan perhatian. Ini kerana ada sebahagian tindakan kita, tanpa disedari mungkin menyumbang kearah keruntuhan rumah tangga.

Sedang kita menzahirkan kasih sayang kepada pasangan, jangan sesekali cuba merisikokan perhubungan tersebut.

Artikel ini akan mengupas kesilapan besar yang biasa dibuat dan pantang-larang dalam perhubungan suami isteri supaya keharmonian rumah tangga terpelihara.

1. Jangan berlebih-lebih dalam memberi gambaran dan memuji orang lain

Bagi seorang isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain dihadapan suami sendiri.

Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan. Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri.

Disamping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain dihadapan suaminya.

Jangan diceritakan semua perkara berkenaan wanita lain tambahan lagi sekiranya melibatkan aurat atau perkara sensitive.

Ingat, ia boleh terdedah kepada banyak perkara.

2. Elakkan melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai pandangan pasangan masing-masing.

Memberikan komentar terhadap pasangan masing-masing adalah normal. Namun melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar.

Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia menyebabkan berlakunya perbalahan diantara suami isteri. Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya.

Maka, disebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, maka lihatlah jua pada kelebihannya. Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memfokuskan kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya.

Kita boleh melihat diri kita dihadapan cermin. Kita boleh melihat kekurangan wajah kita melalui cermin. Namun, apa aib kita dibelakang, kita tidak mampu untuk melihatnya. Orang yang Nampak aib kita itu tidak lain tidak bukan adalah isteri atau suami kita.

Disebabkan itu, pasangan kita Nampak apa yang kita tidak perasan. Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan. Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk.

Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan kita mahukan yang terbaik untuk kita.

3. Jangan mengangkat suara dengan nada tinggi

Meninggikan suara kepada pasangan sama ada ketika dia berseorangan, atau ketika bersama-sama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang silap.

Jika kita merasakan bahawa ia untuk menunjukkan ketegasan kita, itu tidak betul.

Sebenarnya hanya menunjukkan keegoaan kita.

Malah juga turut menjatuhkan air mukanya di hadapan ramai.

Sebaliknya, panggillah dengan sebaik-sebaik cara. Walau geram dan marah sekalipun, panggillah dengan penuh kelembutan.

Ingatlah, ia akan lebih menjaga maruah pasangan dan kita sendiri juga.

Malah pendekatan lembut dapat menjadikan hubungan yang tegang menjadi baik.

Walaupun pasangan kita melakukan kesilapan sekalipun, carilah pendekatan terbaik untuk menegurnya. Cara terbaik adalah menjadi kawan kepadanya.

Apabila wujud hubungan persahabatan antara dua pihak, maka nasihat senang untuk disampaikan.

Malah pasangan kita juga mudah untuk menerimanya.

Ingat, untuk setiap perkara menjadi mudah, kita perlu rapat dengannya.

Apabila kita telah rapat dengannya, perkara yang kita tegur secara lembut pun mudah diikutinya.

Sebaliknya, jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita.

4. Jangan sesekali menipu dalam hubungan suami isteri

Pantang bagi kaum wanita adalah orang yang suka menipu. Para suami, sekali kita menipu, ia akan meninggalkan sebuah lubang dalam hati isteri.

Jadi mengapa mesti kita berbohong? Bukankah ia adalah tabiat yang tidak baik. Bahkan, ingatlah, orang yang bercakap bohong tiada tempat untuknya dalam syurga.

Suami yang suka berbohong tidak akan memperoleh kepercayaan isterinya. Keadaan ini tidak baik untuk hubungan suami isteri. Ia boleh meruntuhkan rumah tangga berkenaan. Perbuatan berbohong tidak pernah ada dalam hidup kita. Maka mengapa perlu kita berbohong?

Begitu juga dengan isteri.

Jangan sesekali membohongi isteri kita. Pembohongan terhadap suami boleh mengikis keyakinan dan kepercayaannya.

Sentiasalah jujur dengan suami dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan.

5. Elakkan berasa tidak bersalah dan diri sendiri selalu betul

Jika kita melakukan kesilapan, beranilah untuk mengakuinya. Jangan pula menjadi sebaliknya. Hormatilah perasaan dan pandangan pasangan kita. Sebaik-baik diri kita, pasti akan ada jua kelemahannya. Ini tidak boleh dinafikan.

Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi dalam hubungan suami isteri. Namun apabila kita telah melakukan kesilapan, maka akuilah dan perbetulkan kesilapan berkenaan.

Jangan pula demi mempertahankan ego, kita berasakan diri kitalah yang sentiasa benar dan pasangan pula sentiasa salah.

6. Jangan selalu meninggalkan isteri di rumah

Perkara ini adalah sangat penting. Ia selalu dipandang remeh oleh para suami.

Jangan selalu meninggalkan isteri kita tanpa sebab yang munasabah, ini kadangkala boleh mengguris perasaannya.

Ia boleh menyebabkan isteri berasa seolah-olah dirinya tidak dihargai. Malah jika terlalu kerap, ia boleh meninggalkan kesan yang tidak baik dihatinya. Isteri kita penat berusaha untuk keluarga kita.

Maka perbuatan meninggalkan isteri tanpa sebab lama kelamaan akan menyebabkan rasa dia tidak wujud langsung dalam hidup kita.

Sedangkan isteri sebaliknya kerana perlu  memikirkan banyak tanggungjawab yang digalas.

Oleh itu, cubalah bawanya dan berikan masa yang terbaik terhadapnya.

Tidak salah sekiranya sesekali kita membawa isteri bersiar-siar ke tempat-tempat yang menarik untuk bersamanya.

Isteri juga mahukan hiburan bersama kita.

Dan apa yang lebih penting lagi adalah meluangkan masa bersama.
7. Jangan tidak bermesra ketika isteri sedang haid

Jangan kerana isteri sedang haid, suami pula menjauhkan diri. Ingat, apa yang Islam tidak benarkan adalah melakukan persetubuhan sahaja. Bermesra tidak dilarang sama sekali.

Maka jangan kerana isteri sedang datang bulan, para suami sekalian menjauhkan diri daripadanya.

Bermesra dengan isteri adalah salah satu tanda suami yang penyayang. Tidak kira bagaimana keadaan isteri, jika bermesra dengannya boleh mendatangkan kebaikan dalam hubungan, maka lakukanlah.

Kemesraan sesama suami isteri adalah lambing kebahagiaan yang diharapkan.

Berbahagialah kepada pasangan suami isteri yang cuba membahagiakan sesame mereka. Kelak akan harmonilah rumah tangga mereka.

Oh My Media
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.