Ads Top

600 Ahli UMNO Keluar Parti, Megejutkan Majlis tertinggi UMON.


SANDAKAN: Seramai 600 ahli UMNO daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta susulan tindakan Majlis Tertinggi UMNO menggantung keahlian bekas naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 

Pengumuman itu dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam sidang media di sini, sebentar tadi. 

Pangiran Roslan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira tindakan MT UMNO menggantung Shafie sebagai naib presiden tanpa dipanggil untuk membela diri.  

Katanya, ia menyebabkan beliau dan ahli UMNO cawangan itu hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan UMNO dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.  

Kami ambil keputusan ini kerana tidak setuju dengan tindakan MT UMNO dan berikrar akan menyokong serta berjuang dengan Shafie," katanya.  

Ditanya sama ada perjuangan itu bersifat 'Sabah untuk Sabah' atau secara menyeluruh, Pangiran Roslan berkata, ia adalah berlandaskan 'Sabah untuk Sabah'.  

"Penggantungan Shafie seolah-olah penghinaan terhadap pemimpin UMNO peringkat Sabah terutama penyokong Shafie," katanya.

Berita Harian Online
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

No comments:

Powered by Blogger.