Ads Top

WhatsApp Memperkenalkan Aplikasi Khas Buat Windows Dan Mac Anda

WhatsApp pada hari ini mengumumkan aplikasi messenging buat pengguna destop. Jika sebelum ini pengguna Windows atau Mac banyak menggunakan aplikasi WhatsApp pada laman web atau aplikasi tidak rasmi kini tidak perlu lagi.

79a77be6e2d3985e0a2bc8dd7d4a1f8086fc6334-796x501

Aplikasi WhatsApp terbaru untuk destop ini disediakan khas buat pengguna Windows 8 dan Mac OS X 10.9 yang terkini. Sama seperti penggunaan WhatsApp pada laman web, pengguna perlu aktifkan WhatsApp untuk disambung bersama telefon pintar sebelum digunakan pada platform destop.

Apa yang membezakan destop app WhatsApp berbanding laman web mereka adalah WhatsApp destop app dapat diakses sejurus komputer dihidupkan. Mudah bukan?

Buat anda yang berminat untuk mencuba WhatsApp untuk kegunaan destop boleh lawati ke laman web ini.

Saya pasti mereka yang aktif dengan bisnes online pasti akan menyukai fungsi terbaru daripada WhatsApp ini.

No comments:

Powered by Blogger.