Ads Top

(Video) Rakaman Video Makcik Tabur Sesuatu di Hadapan Pintu Kedai Jadi Viral



KUALA LUMPUR, 2 Mei - Satu rakaman video yang memaparkan tindakan mencurigakan seorang wanita menabur sesuatu di hadapan sebuah kedai yang ketika itu sedang ditutup menjadi viral di media sosial.

Menerusi video yang berdurasi 2 minit 14 saat itu, dilihat makcik berkenaan datang ke hadapan kedai itu sebelum duduk kemudian menabur sesuatu di hadapan kedai berkenaan.

Tindakan makcik itu jelas dirakam menerusi kamera CCTV di hadapan kedai itu.

Video itu dimuat naik oleh laman Facebook Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib semalam dan mendapat lebih 4,000 perkongsian.

Selain itu, tindakan wanita di dalam video itu juga turut mendatangkan kemarahan ramai.

Ikuti video terbabit :

No comments:

Powered by Blogger.