Ads Top

(Video) Orang Ramai Bersorak Tengok Pemandu Land Rover Mengamuk Rempuh Kereta Jaguar


China - Seorang wanita di Xiamen ditahan selepas bertindak merempuh sebuah kereta Jaguar enam kali menggunakan kereta Land Rover miliknya.

Apa yang lebih menjadi kejadian itu pelik adalah orang ramai yang berada di kawasan sekitar mula bersorak supaya pemandu kereta Land Rover itu terus merempuh Jaguar tersebut.


Menurut Shanghaiist, kejadian berpunca dari perasaan tidak puas hati pemandu Land Rover itu disebabkan kes penipuan kewangan yang melibatkan pemilik Jaguar itu dan ibunya.

Kemarahan wanita itu semakin membuak apabila pemilik Jaguar itu dengan sengaja meletakkan kereta dalam keadaan menghalang laluan keretanya.

Bosan menunggu pemilik kereta Jaguar itu, wanita tersebut mengambil keputusan untuk melepaskan perasaan marah pada kereta tersebut.


Dengan perasaan marah, dia merempuh Jaguar itu enam kali, disemarakkan lagi dengan jeritan orang ramai yang memberi 'sokongan' kepadanya dengan berkata "Kuat Lagi".

No comments:

Powered by Blogger.