Ads Top

Tempat Parkir Terdalam Dunia Dibina Di China Dengan Kedalaman 19 Tingkat

Akhir-akhir ini kita sering melihat industri teknologi dari Negara China yang semakin berkembang maju. Bermula daripada aksesori-aksesori telefon seperti monopod sehinggalah kepada penghasilan telefon pintar serta alat-alat elektronik untuk kelengkapan rumah.

China juga secara tidak langsung juga telah memfokuskan kepada pembinaan moden dengan menghasilkan tempat parkir terdalam di dunia. Tempat parking yang mampu menempatkan 114 kenderaan dengan purata 6 kenderaan pada satu tingkat.

13241320_1161412997243849_7714617049532027596_n

Apa yang lebih menarik, Binaan tempat parkir ini dilengkapi dengan sistem simpanan automatik dimana pemandu hanya perlu memandu masuk ke dalam lif dan kenderaan akan disimpan dengan selamat dalam masa hanya 50 saat. Untuk mendapatkan semula kereta pula hanya mengambil masa 85 saat. Sangatlah efisien dan memudahkan para pengguna.

Buat anda yang tertanya-tanya bagaimana sistem simpanan automatik ini berfungsi, sedutan daripada filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift ini mungkin mampu memberi gambaran yang lebih jelas tentang sistem simpanan kereta automatik yang dibina di China ini.

No comments:

Powered by Blogger.