Ads Top

Sembelih Anak Sebelum Tikam Diri

op

Sembelih Anak Sebelum Tikam Diri|Kodiang: Kanak-kanak perempuan cedera di leher selepas dikelar bapanya di Kampung Tengah Kodiang, di sini, semalam.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, ibu saudara suspek dengan isterinya baru tiba di rumah sebelum lelaki terbabit, 29, datang dan terus mengambil anaknya berusia tiga tahun dan mengunci pintu menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mereka kemudian terdengar mangsa menjerit sebelum suspek membuka pintu dalam keadaan dirinya turut cedera di dada sebelah kiri sebelum rebah.

13256428_787980108003316_8795678792303632266_n

Menurutnya, isteri suspek kemudian mengambil anaknya dan membawanya ke Hospital Kangar untuk menerima rawatan.

“Ibu saudaranya pula kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibu suspek sebelum mereka membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati suspek sudah seminggu mengalami kemurungan dan kurang selera makan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek juga mempunyai rekod sakit mental dan pisau turut ditemui di tempat kejadian.

“Kedua-dua mereka kini menerima rawatan di Hospital Kangar dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan 309 Kanun Keseksaan,” katanya.mymetro

Tags: #sembelih anak kandung #tikam diri

No comments:

Powered by Blogger.