Ads Top

Rangkaian Jaya Grocer Dijual Pada Harga RM300 Juta

Satu dana ekuiti swasta (PE) yang diuruskan oleh CIMB Private Equity dan Mitsubishi Corp telah memenangi bidaan untuk membeli rangkaian supermarket Jaya Grocer. Gabungan kerjasama (JV) itu dikatakan telah membayar RM300 juta untuk mengambil alih supermarket itu.

Penjualan Jaya Grocer ini bermula sejak tahun lepas dengan harga permulaan yang lebih rendah iaitu sebanyak RM200 juta. Pembelian ini meliputi 16 cawangan supermarket ini di seluruh Klang Valley dan Ipoh.

JV ini dikatakan menggunakan PE dari Asean Industrial Growth Fund (AIGF) yang dibuat lima tahun lalu dengan dana sebesar USD130 juta untuk membeli rangkaian kedai runcit. Ini adalah dana PE di mana kebanyakkan pelabur adalah dari Jepun. Jaya Grocer adalah rangkaian kedai runcit pertama yang dibeli melalui AIGF.

Jaya Grocer mula beroperasi pada 2007 menerusi cawangan pertamanya di Jaya 33, Petaling Jaya. Pengasas Jaya Grocer adalah keluarga Teng, yang juga pengasas supermarket Giant dan Teng Mini Market Center di Bangsar. Jaya Grocer kini berkembang dengan 16 cawangan antaranya di The Intermark, Empire Shopping Gallery dan KLIA2.

Keluarga Teng telah menjual rangkaian supermarket Giant kepada syarikat Hong Kong pada tahun 1999. Keluarga Teng kini mengusahakan satu lagi rangkaian kedai runcit iaitu Pasaraya Hero, yang mereka mulakan pada tahun 2010.

Hebat keluarga Teng ini. Makin ramai pelabur luar yang nampak pasaran kedai runcit di Malaysia. Rangkaian FamilyMart dari Jepun juga akan mula beroperasi akhir tahun ini di Malaysia.

No comments:

Powered by Blogger.