Ads Top

Perkhidmatan ATM Dan ‘Online’ Maybank Tergendala Hujung Minggu Ini

Beberapa perkhidmatan Maybank termasuk servis mengeluarkan wang dari mesin ATM dan akses ke laman web akan tergendala pada hari Sabtu dan Ahad ini untuk tujuan penyelenggaraan tahunan sistem servis yang terlibat.

Mesin ATM akan offline dari jam 12.00 tengah malam hingga-7.00 pagi pada kedua-dua hari manakala Maybank2u.com tidak dapat diakses dari 3.00 pagi hingga 7.00 pagi. Servis akan kembali seperti biasa selepas jam 7.00 pagi.

mayy

Pihak Maybank dalam satu notis di laman web mereka menasihati para pelanggan untuk menjalankan urusan perbankan lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Kalau anda menghadapi masalah pada hujung minggu nanti boleh berhubung dengan call center Maybank. Dan kalau anda mahu keterangan lebih lanjut boleh ke akaun Facebook Maybank di sini.

No comments:

Powered by Blogger.