Ads Top

Perkataan ‘Teh Tarik’ Dan ‘Lepak’ Dimasukkan Dalam Kamus Oxford

Kita pasti selalu guna perkataan lepak dan teh tarik dalam kehidupan seharian. Ianya kini sudah dimasukkan dalam Oxford English Dictionary bersama 19 perkataan ‘Singapore English’ yang lain.

Antara perkataan Singapura lain yang dimasukkan dalam kamus Oxford adalah ‘shiok’ (bermaksud best,sedap) dan ‘Wah’ (bermaksud perkataan yang selalu disebut untuk menyatakan perasaan terkejut). Beberapa perkataan lain mungkin tidak terlalu digunakan oleh masyarakat Melayu tetapi digunakan oleh kaum Cina seperti ‘ang moh’ dan ‘sabo’.

Terma lepak seperti biasa membawa maksud rileks bersama kawan-kawan dan teh tarik bermaksud teh susu. Jadi lepas ni boleh la guna terma-terma ini untuk rakan-rakan luar negara anda. “Kevin, lets go lepak and drink teh tarik. Syiok!” antara contoh perbualan yang anda boleh buat dengan rakan anda itu nanti.

Tarik tinggi-tinggi barulah syiok!

Tarik tinggi-tinggi barulah syiok!

No comments:

Powered by Blogger.