Ads Top

Mereka Buka Cuba Culik Atau Rogol, Tetapi Mereka Cuba Bantu Saya



SUBANG JAYA: Pihak Polis dalam satu kenyataan telah menafikan berlakunya kes penculikan yang membabitkan warga Filipina dan Nigeria dimana ia menjadi viral di laman sosial sebelum ini, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mengsa yang berusia 44 tahu telah tampil membuat laporan polis menafikan dia diculik tiga warga asing dan mengakui di dalam gambar berkenaan adalah beliau.

Menurut mangsa, dia sebenarnya dibantu oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk pulang kerumahnya
di Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway kerana beliau terlalu mabuk selepas menghadiri parti hari jadi di kawasan berhampiran.

Antara berita palsu yang disebarkan

Menurut Azlin, penafikan yang dilakukan oleh wanita berkenaan sekaligus membuktikan tiada berlaku kes penculikan dan rogol seperti didakwa seorang lelaki yang memaparkan gambar tersebut di laman sosial.

Mangsa seorang suri rumah beritahu dia hadir membuat laporan polis  kerana ingin bersihkan nama ketiga-tiga lelaki warga Afrika dalam gambar tersebut yang mana seorang daripadanya adalah teman lelakinya,” katanya. - Siakapkeli.my

Antara blog yang mainkan berita palsu berkenaan.

No comments:

Powered by Blogger.