Ads Top

Mahkamah Australia Dedah Barangan Mewah Dibeli Pelajar Malaysia Tak Sengaja Terima RM13.8 Juta


Australia, 15 Mei - Mahkamah Australia telah mendedahkan senarai barang yang dibeli oleh seorang pelajar Malaysia di Australia yang menerima wang $4.6 juta (RM18.3 juta) secara tidak sengaja dari sebuah bank.

Baca : "Dia Tak Ambil, Bank Yang Bagi RM18.3 Juta"

Antara barangan yang dibeli adalah beg tangan berjenama, pakaian, barangan kemas dan juga pembersih vakum 'deluxe'.

Portal Sydney Morning Herald pada Ahad telah mengeluarkan senarai panjang transaksi pelajar yang berusia 21 tahun itu, Christine Jiaxin Lee, yang didakwa menggunakan wang yang dimasukkan oleh bank Westpac itu.

Antara 52 barangan yang dibeli oleh pelajar tersebut menggunakan akaun Paypal :

  • Kamera Digital Selfie Sony
  • Dua kamera Casio
  • Vakum jenama Dyson
  • Bot Equestria Christian Louboutin
  • Bantal Chanel
  • 13 skarf & berdozen-dozen beg tangan Hermes termasuk satu beg tangan Hermes Himalayan Crocodile Birkin yang dijual pada harga $150,000
Dia kemudian didakwa menyalurkan wang tersebut ke bank Commonwealth dan menggunakannya di 20 pusat membeli belah antara bulan Januari dan April 2015, dengan jumlah perbelanjaan $1.2 juta.
  • Di butik Chanel, dia membelanjakan $20,050
  • Di Hermas dia membelanjakan $6,885
  • Di Christian Louboutin, dia membelanjakan $1,795
  • 4 hari kemudian, dia membelanjakan $42,695 di  Bvlgari, Christian Dior dan Hermes.
Biarpun selepas akaun Wespac dibekukan, pelajar terbabit terus membelanjakan wang di akaun Commonwealthnya dengan mewah untuk tiga hari.
  • Dia membelanjakan $332,310 untuk tiga hari di butik Christian Dior di Sydney 
  • $54,640 di Chanel 
  • $15,553 di butik online Far Fetch.
Pada hujung April, Lee telah memulangkan 72 barang, yang berjumlah  $1juta (RM 4.03 juta).

Pada May, mahkamah telah memberi arahan membenarkan Wespac untuk menyita apa-apa aset milik Lee untuk membayar balik lebihan $3,486,612.07 (RM 14 juta).

Senarai penuh barang yang dibeli oleh pelajar terbabit.

No comments:

Powered by Blogger.