Ads Top

Lukisan Karya Basquiat Ini Terjual Pada Harga RM228 Juta

Jean Michel Basquiat adalah street artist yang terkenal dengan karya grafiti beliau yang unik dan tersendiri. Karya beliau yang dilukis pada tahun 1982 ini, ‘Untitled’ telah memecahkan rekod jualan lukisannya sendiri apabila lukisan itu terjual dalam satu majlis bidaan oleh Christie.

Karya ‘Untitled’ ini dibeli oleh seorang collector rakyat Jepun pada harga USD57.3 juta (Lebih kurang RM228 juta). Karya ‘Untitled’ ini memecahkan rekod lukisan Basquiat sebelum ini, ‘‘Dustheads’ yang terjual pada harga USD48.8 juta.

‘DUSTHEADS’, 1982 – JEAN MICHEL BASQUIAT

‘DUSTHEADS’, 1982 – JEAN MICHEL BASQUIAT

Dijangkakan karya-karya lain Basquiat akan turut naik selepas ini. Boleh dikatakan, Basquiat adalah Van Gogh generasi baru. Dan lukisan-lukisan lama ini adalah satu pelaburan kerana harganya akan meningkat naik saban tahun. Siapa kata seni itu murah dan tiada nilai?

No comments:

Powered by Blogger.