Ads Top

Lelaki Ini Mempunyai Perspektif Yang Berbeza Buat Penerbit Buku Indie

Aku tak pasti sebenarnya apa itu indie. Tapi secara kasarnya, apa yang aku faham mengenai indie adalah impian lama aku. Mahu ada sebuah kugiran yang ada album sendiri dengan dipenuhi lagu sendiri. Kemudian kami jual kaset kami itu secara sendiri. Hidup dengan duit sendiri. Tak perlu makan gaji. Aku cerita pasal kaset sebab aku dah tua. Zaman aku, pakai kaset. Kaset dan penutup pen Kilometrico adalah kekasih.

Anda tukar format penyampaian album kaset itu kepada buku, filem, drama, penulisan atau apa saja medium yang boleh dikategorikan sebagai karya, jaja sendiri untuk dijadikan sumber pendapatan, tahniah, anda adalah seorang pengkarya indie. Akibat wujudnya bahang PBAKL 2016 ketika ini, nama penerbit buku indie kembali memuncak. Seperti kebiasaan, majoritinya atas hujah negatif. Yang buruk, indie. Yang cela, indie. Yang bukan manusia, indie. Yang tak ada adab, indie.

13161748_1150826564936451_3356035539341401527_o

Aku tak pernah rasa aku sebahagian dari orang indie. Bila mereka sebutkan nama-nama besar dalam penerbitan indie, aku selalu ternganga. Aku bukan orang yang terlibat dengan indie secara langsung jadi aku tak pernah rasa aku adalah orang indie. Apa yang aku tulis, adalah pandangan dari orang luar.

Kenapa yang buruk-buruk adalah indie? Kau buat la eskperimen. Ambil satu karya fiksyen indie. Tukar logo penerbit bubuh logo DBP. Burukkan muka depan dia dengan rekaan photoshop yang menggunakan kesan visual preset paling banyak dan kemudian jual.

Mesti ramai yang puji terbitan DBP bagus. Apa yang aku nak sampaikan adalah kita dah ada persepsi.

Najib? Buruk.
Anwar? Mangsa.
Mahathir? Legenda.
Rosmah? Boros.

bigstock-Perceptions-Different-ways-of-thinking-43490413

Persepsi je semua ni.Dulu, persepsi aku, Rosmah boros. Kini, Rosmah pada aku, aku tak peduli apa dia nak beli apa pun. Persepsi boleh diubah.

Tidak dapat aku nafikan, memang banyak aspek buruk penerbitan indie. Mereka terlalu bebas. Tidak ada pengawasan. Tidak ada badan yang menapis. Tidak ada pihak yang menjadi tukang cop getah pelulus penerbitan mereka. Apa saja boleh lepas asalkan ada bahannya. Tapi positifnya pula, siapa-siapa sahaja yang berani nak membukukan tulisan, boleh cuba hantar email. Tak perlu tunggu ada pertandingan menulis atau tunggu kelulusan orang yang mungkin sudah prejudis dengan isu yang anda cuba bawa.

Yang paling penting, karya anda mungkin akan dinilai oleh orang yang sama generasi dengan anda. Dalam banyak-banyak aspek, aku rasa itu sebabnya banyak karya indie tersiar tanpa diketahui latar belakang penulisnya. Penerbitan indie pada aku, adalah ruang yang membuka peluang kepada orang yang ruangnya tertutup.

……………………………

13103323_10154091774939323_5377121172138993047_n

Betulkah penulis indie tak ada adab, lucah dan buruk? Betul. Tapi perbandingan kena adillah. Bukan semua penulis indie ni tak ada adab, lucah dan buruk. Dengan menghamparkan selimut yang menghalalkan kata semua penulis indie buruk adalah satu ketidakadian.

Adakah penulisan adegan lucah atau ranjang ini hanya terhad kepada penulis indie? Mana suara apabila penulisan berkonsepkan lucah lembut ditulis oleh kakak-kakak berumur 40an yang juga dibukukan dan dijual? Adakah kerana mamat dan minah indie ini pakai baju t-shirt, seluar jeans, tudung hipster dan kakak-kakak itu pula berpakaian macam orang kebanyakan, jadi kurang tekanan diberi kepada mereka? Hormatkan orang berumur?

Besar kemungkinan kakak-kakak penulis novel lucah lembut ini tak bising-bising, riuh rendah hingar bingar macam penulis indie. Cara jualan pula sopan. Cakap pula lemah lembut. Walau bagaimana sopan santun sekalipun, hakikatnya, novel kakak-kakak ini penuh adegan ranjang dan hangat. Bukankah itu isu sebenarnya? Ramai yang menegur penulisan indie kerana tidak menjaga sensitiviti tetapi, novel-novel yang didramakan banyak tak mematuhi syiar Islam.
Siapa berani tegur?

Penulis indie satu sahaja masalah besar mereka, mereka menulis tanpa peduli pandangan orang lain, mentaliti penerbitnya pun sama. Subjek yang orang takut nak sentuh akan disentuh. Itulah sebenarnya formula mereka dalam kebebasan berkarya. Indie itu sendiri pun kan sebenarnya kata ringkas untuk perkataan independent. Masyarakat kita pula amat susah nak menerima jiwa yang bebas, apatah lagi jiwa yang bebas dan juga bebas dari segi beban kewangan.

Dalam banyak-banyak penyakit Melayu, penyakit Melayu susah nak diubati adalah dengki dengan kekayaan Melayu lain. Cina kaya, tak apa. India kaya tak apa. Melayu kaya? Tak boleh.

Screen Shot 2016-05-10 at 11.50.07 PM

Dulu, aku pun macam tu. Sehinggalah satu hari ada orang pukul kepala aku dan kata kat aku, “kalau kau tak kaya, macam mana kau nak mampu sumbang helmet pada budak-budak miskin tiap-tiap bulan?” Pada ketika itu, aku rajin kumpul derma untuk beli helmet bagi dekat penerima zakat. Jadi, aku tanam kat diri aku, aku nak kaya. Kalau ada orang Melayu kaya, aku nak jadi macam dia. Tapi aku nak kaya dengan cara aku. Sangat seronok sebenarnya kau hidup dengan buat apa kau nak buat. Tak kiralah kau menulis, buat zine, jual CD lagu, jual lukisan, ambil upah buat poster atau apa saja yang kau reka sendiri dan mampu jadi bekalan hidup kau. Rasulullah pun sarankan kita meniaga.

Aku sebagai orang luar indie agak kagum tengok orang muda Melayu boleh hidup dengan minat sendiri. Amat susah orang Melayu nak keluar dari kepompong ‘sedap makan gaji’ walaupun dalam kepala ada banyak idea kreatif yang dia rasa lebih baik dia buat dan sebenarnya dia lebih suka buat.

13091981_10154196703073281_6692843783442542578_n

Jika kau nak kritik penulisan indie, jangan kritik kesemuanya. Kritik penulisnya. Kritiklah penerbitnya. Spesifikkan kritikan. Kenapa sampai nak mendoakan orang jatuh? Yang kelakarnya, hentam dah, kritik dah, tapi dia tak baca pun buku yang dia kritik.
Sebelum anda kritik, lihatlah diri dulu.

Berapa orang yang anda ambil bekerja bawah anda? Berapa orang yang menyara hidup dengan wang penjualan perniagaan hasil dari sesuatu yang anda lakukan dari sifar? Adakah sebenarnya anda ni makan gaji tapi mendoakan penerbit indie bungkus kerana anda dengki ada yang kaya?

Biarlah mereka kaya. Biarlah mereka terbitkan apa yang mereka nak. Kalau ada yang melampaui batas, pegi buat laporan. Sistem tu ada. Sayangnya, sistem nak ubat hati yang dengki melihat orang lain kaya tak wujud. Itu anda kena ubati sendiri. Aku tak pasti kenapa bangsa kita sebegitu. Anda nak ajak orang boikot, ajaklah. Tak ada siapa halang. Tapi hukum punca dan kesan perlu dikaji terlebih dahulu.

Persoalannya, “apakah punca penerbitan indie bercambah?”

Mungkinlah, ramai yang dah jelek dengan novel-novel lucah lembut yang ditulis oleh kakak-kakak bertudung yang semakin hari semakin banyak, tapi tidak dikritik atau diperiksa, hanya kerana ramai antara kita sebenarnya mempunyai niat untuk melihat novel-novel tersebut di dramakan untuk tayangan waktu Maghrib? Aku tak tau. Tapi aku dah jelek dengan drama bersiri kat televisyen. Baru dua minggu lepas aku tengok drama lakonan seorang pelakon perempuan bertudung. Ada satu adegan, dia kena pegang dengan seorang mamat kacak dan lepas tu, dia pulak yang seronok benar kena pegang dengan mamat tu.

Kalau anak perempuan tengok, apa pengajaran yang dia dapat dari adegan bermesej macam tu? Tak apa kalau lelaki kacak pegang tangan kau walaupun kau bertudung, asalkan dia kacak dan tangan selalu angkat besi?

13138885_1150826558269785_3452668894483595725_n

Punca cipta kesan. Permintaan cipta pembekalan. Mesti ada lah sebab kenapa penulisan dan penerbitan indie berkembang tapi itu, lebih baik dijawab oleh pihak yang boleh mengkaji kelemahan-kelemahan penerbitan mereka yang menyebabkan ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat menjurus ke arah penerbitan indie.

Sebab tu lah kot, kita dah boleh nampak, Ustaz-Ustaz pun dah keluar buku ala-ala indie. Hihihi.

Terima kasih PBAKL2016. Aku nak tukar topi aku dari topi orang luar gerakan indie kepada topi ejen Takaful semula. Untuk mengakhiri esei ini, aku ada satu pertanyaan. “Dah sertai takaful?” Kalau belum, anda tahu anda perlu buat.

No comments:

Powered by Blogger.