Ads Top

Lebih 7,000 Peserta Dijangka Menyertai myBuddies Run 21 Ogos Nanti

Sejak tahun 2013, program myBuddies anjuran MYNIC telah semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai. Pada tahun ini, dua program akan dilancarkan oleh myBuddies iaitu myBuddies Strikers dan MyBuddies Run.

Acara larian myBuddies Run semestinya menjadi tumpuan ramai setelah kejayaan myBuddies Run 2015 sebelum ini. myBuddies Run tahun ini akan meneroka laluan serba baru di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya. Lagi-lagi dengan tema bertopeng, pasti ramai yang tak sabar untuk menyertai larian ini.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah kategori 3KM, 5KM dan 10KM yang dijangkakan sekitar 7,000 peserta mengambil bahagian untuk acara ini nanti. Hadiah wang tunai RM12,000 menanti pemenang kategori 10KM.

12931064_522359261282029_3022904102010787764_n

12923248_522359337948688_2184852242944539222_n

12963440_522359271282028_6226207491945585528_n

Semua peserta program myBuddies akan menerima nama domain .MY atau perisian antivirus nanti. “Pemberian ini akan menggalakkan belia dan usahawan untuk lebih menonjol dalam pemasaran perniagaan mereka secara dalam talian. Nama domain .MY amat berguna untuk penjenamaan mereka dan akan memudahkan lagi aktiviti talian mereka,” kata Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC.

myBuddies Run yang dianjurkan sempena Hari Kebangsaan 2016 ini akan berlangsung pada 21 Ogos 2016 dan disokong penuh oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

MyBuddies Strikers pula adalah pertandingan boling yang baru diperkenalkan MYNIC tahun ini. Pertandingan boling berkenaan akan diadakan pada 29 Mei dan 14 Ogos 2016 ini.

Strikes

12998522_526179280900027_5277685021027745779_n

“myBuddies Strikers ini mensasarkan pencarian remaja yang berbakat besar di Malaysia dan mereka turut berpeluang untuk mengasah bakat dalam sukan boling ini,” kata Hasnul. Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM6,000 dan setakat ini sudah 32 kumpulan telah mendaftar secara atas talian untuk acara boling ini.

Semua peserta program-program myBuddies layak untuk memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM65 ribu, basikal berjenama dan turut berpeluang memenangi hadiah utama sebuah kereta Proton Iriz. Power! Apa tunggu lagi, bolehlah mendaftar di www.mybuddies.my untuk peluang memenangi hadiah-hadiah awesome ini disamping anda berlari untuk sihat.

No comments:

Powered by Blogger.