Ads Top

Kini Anda Mempelajari Pengaturcaraan Secara Terus Pada Telefon Pintar

Penggunaan telefon pintar bagi tujuan pengaturcaraan bukanlah sesuatu yang baru. Saya masih ingat lagi semasa kali pertama mempelajari C++. Aplikasi “CppDroid – C/C++ IDE” antara aplikasi pengaturcaraan yang kerap digunakan pada telefon pintar bagi tujuan pengaturcaraan.

unnamed2

Encode mengambil langkah yang lebih baik dengan menawarkan pembelajaran JavaScript secara terus melalui telefon pintar. Kaedah pembelajaran yang interaktif dan memudahkan pengguna bakal membantu individu yang berminat untuk kuasai JavaScript

Bermula dengan pembelajaran asas sehinggalah advanced semuanya ditawarkan Encode dengan adanya pilihan level-level tertentu.

unnamed3

Buat anda yang berminat untuk mempelajari pengaturcaraan, aplikasi Encode boleh dimuat-turun di Play Store dan anda boleh mula menghayati Javascript dengan lebih mendalam bermula pada hari ini.

No comments:

Powered by Blogger.