Ads Top

Kanak-Kanak 12 Tahun Ini Lebih Tinggi IQ Berbanding Albert Einstein

Kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun ini berketurunan India yang berasal dari UK telah mencatatkan markah tertinggi iaitu 162 markah pada ujian IQ Mensa, yang dikatakan telah melebihi IQ ahli fizik terkenal iaitu Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Lydia Sebastian dari Essex telah menyertai golongan 1 peratus daripada semua peserta dengan mencapai markah tertinggi dalam kertas Cattell III B diselia oleh Mensa. Lydia telah menyiapkan kertas dengan beberapa minit sahaja pada persidangan di Birkbeck College, London semasa cuti sekolah.
Lydia, dari Langham di Essex, berkata:

“Pada mulanya, saya benar-benar gementar tetapi apabila saya mula menjawab, ia adalah lebih mudah daripada yang saya sangkakan. Ia membuatkan saya menjadi lebih tenang”.

Dia berkata kertas ujian itu telah mencabar kemahiran bahasa beliau, termasuk analogi dan definisi, dan deria logik akal, The Guardian telah melaporkan berita tersebut.

Bapa Lydia, Arun Sebastian, pakar radiologi di hospital kerajaan Colchester, beliau menceritakan bagaimana tercetus idea anakknya untuk menduduki ujia IQ ini. Beliau berkata anak perempuannya “telah melihat laman web untuk ujian IQ untuk menguji dirinya dan telah menunjukkan minat dan telah berbincang dengan isteri saya tentang hasratnya itu.”

Lydia Sebastian 1

Lydia telah membaca ketujuh-tujuh siri novel Harry Potter sebanyak 3 kali. Beliau juga turut berbakat dalam bidang lain dan telah bermain biola sejak berumur 4 tahun dan mula bercakap pada usia 6 bulan menurut ibubapanya.

No comments:

Powered by Blogger.